Ukuran bagi 1 set sistem ini adalah 3 kaki (lebar) x 13 kaki (panjang) x 5 kaki (tinggi). Kotak-kotak fiber disusun bertingkat melalui rak besi serta saluran paip bagi air masuk dan keluar.
Keluasan tapak kawasan bertutup berukuran 20 kaki x 12 kaki amat sesuai untuk menempatkan 2 set sistem akuarium ini. Keluasan tapak kawasan berukuran 22 kaki x 70 kaki pula sesuai untuk menempatkan 16 set sistem akuarium ini. Sila lihat gambarajah yang tertera dibawah. Ruang jarak sekitar 2 kaki disekeliling set sistem ini diperlukan sebagai ruang untuk berjalan, bergerak dan bekerja bagi memudahkan penyelenggaraan set sistem akuarium ini.
Perkara yang tak kurang penting juga adalah lantai untuk kawasan ternak juga perlu kukuh dan rata kerana set sistem ini adalah berat apabila sudah diisi air dan perlu seimbang bagi pengaliran air yang sama rata dan sempurna.

No comments:
Post a Comment