Monday, October 27, 2008

Sistem Akuarium Tertutup dan Kawasan.

Set sistem ini berfungsi sama seperti sistem akuarium dimana air dialirkan dan dikitarkan menggunakan pam bermotor yang diletakkan dikotak fiber dibahagian bawah sekali set ini. Pam bemotor menggunakan elekrik akan mengalirkan air yang sudah ditapis masuk ke dalam 3 kotak tangki fiber dibahagian atas set sistem ini dimana ketam nipah ditempatkan melalui saluran paip bagi setiap kotak fiber. Segala sisa-sisa bahan buangan akan mengalir keluar melalui saluran paip ke dalam kotak fiber dibahagian bawah sekali yang berfungsi sebagai sistem penapisan segala sisa buangan yang tidak dikehendaki serta memproses kembali air menjadi air bersih sesuai untuk ketam nipah. Lihat gambarajah dibawah.

Ukuran bagi 1 set sistem ini adalah 3 kaki (lebar) x 13 kaki (panjang) x 5 kaki (tinggi). Kotak-kotak fiber disusun bertingkat melalui rak besi serta saluran paip bagi air masuk dan keluar.

Keluasan tapak kawasan bertutup berukuran 20 kaki x 12 kaki amat sesuai untuk menempatkan 2 set sistem akuarium ini. Keluasan tapak kawasan berukuran 22 kaki x 70 kaki pula sesuai untuk menempatkan 16 set sistem akuarium ini. Sila lihat gambarajah yang tertera dibawah. Ruang jarak sekitar 2 kaki disekeliling set sistem ini diperlukan sebagai ruang untuk berjalan, bergerak dan bekerja bagi memudahkan penyelenggaraan set sistem akuarium ini.

Perkara yang tak kurang penting juga adalah lantai untuk kawasan ternak juga perlu kukuh dan rata kerana set sistem ini adalah berat apabila sudah diisi air dan perlu seimbang bagi pengaliran air yang sama rata dan sempurna.






Sunday, October 26, 2008

Cara Terbaru Ternakan Ketam

Cara terkini untuk menternak ketam adalah dengan menggunakan sistem akuarium fiber secara tertutup seperti yang dapat dilihat dalam gambar yang tertera. Sistem akuarium ini boleh ditempatkan dimana-mana saja asalkan ada kawasan yang bertutup iaitu beratap, berdinding dan punca elektrik. Ini untuk mengelakkan dari panahan cahaya matahari dan hujan yang akan merosakkan set sistem ini. Set sistem ini boleh digunakan untuk selama 10 tahun jika diselenggara dengan betul. Motor digunakan untuk mengalirkan atau mengitarkan air didalam set sistem ini. 3 kotak fiber yang teratas adalah bekas yang mempunyai petak-petak untuk diisi dengan benih ketam. 1 kotak fiber boleh memuatkan 40 ekor benih ketam. Oleh itu 1 set sistem ini boleh memuatkan 120 ekor ketam. 1 kotak fiber yang dibawah sekali adalah digunakan sebagai sistem penapis bagi keseluruhan set sistem ini. Air yang digunakan adalah air paip yang telah diproses bagi menggantikan air masin atau air payau yang sesuai untuk ketam nipah.

Teknik atau cara menggunakan sistem akuarium fiber ini lebih efektif dan berkesan kerana tidak memerlukan kawasan yang luas, boleh disediakan dimana-mana saja seperti didalam bangunan, dibelakang rumah, mutu air mudah dikawal, kadar kematian ketam dapat dikurangkan, ketam mudah untuk diberi makan, mendapat hasil ketam yang berkualiti, bersih dan "hygenic", kos efektif, ketam nipah yang dah besar mudah dan senang untuk ditangkap dan memberi pulangan yang lebih.












Cara Ternakan Ketam

Cara ternakan ketam menggunakan kolam adalah begitu popular terutama di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Myanmar. Ketam yang diternak menggunakan kolam adalah dari jenis ketam nipah sepertimana yang dapat dilihat dalam gambar-gambar dibawah. Kolam-kolam dibuat sekitar paya bakau atau berdekatan dengan laut kerana memerlukan air payau atau air masin. Teknik ternakan kolam ini juga memerlukan kawasan yang luas. Bekas khas perlu disediakan untuk mengisi benih ketam secara berasingan kerana ketam adalah dari spesis yang ganas, 'carnivor' dan tahan lasak serta akan memakan sesama sendiri apabila lapar. Bekas-bekas khas ini akan diletakkan didalam kolam. Proses yang digunakan adalah proses menggemukkan ketam untuk pembesaran ketam.





Kaedah Mencari Ketam

Kaedah yang selalu digunakan untuk mencari ketam adalah secara tradisional iaitu carian scara liar disekitar persisiran pantai, paya bakau dan kawasan disekitarnya. Tetapi carian secara liar ini akan beransur-ansur berkurangan kerana kehidupan ketam-ketam secara tradisional semakin hari semakin terancam kerana faktor persekitaran alam serta arus pembangunan. Pendek kata, semua spesis ketam dan haiwan laut lain terancam kerana faktor manusia. Diantaranya adalah pemanasan global, pencemaran alam sekitar dan lain-lain lagi. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan diseluruh dunia.

Oleh kerana itu Jabatan Perikanan diseluruh dunia amnya seperti Australia, New Zealand, USA, Myanmar, Thailand telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan teknik akuakultur bagi pembiakan dan penternakan ketam serta haiwan laut yang lain bagi mengelakkan haiwan laut ini pupus.








Spesis Ketam

Ini adalah sebahagian daripada spesis ketam. Banyak yang akan diterangkan atau dibincangkan disini kelak ada ketam nipah/mud crab (scylla serrata).






Mud Crabs

Nama Saintifik
Scylla Serrata







Swimmer Crabs / Sea Crabs

Nama Saintifik
Portunus Sanguinolentus









Swimmer Crabs / Sea Crabs

Nama Saintifik
Charybdis Cruciata








Blue Swimmer Crabs / Sea Crabs

Nama Saintifik
Potunus pelagicus






Spanner Crabs

Nama Saintifik
Ranina ranina






Harris Mud Crabs, Estuarine Mud Crabs

Nama Saintifik
Rhithropanopeus harrisii,
Pilumnus harrisii Gould

Kenali Bahagian Ketam

Ini adalah anatomi ketam iaitu bahagian-bahagian ketam seperti badan, sepit, kaki, mata dan sebagainya. Perhatikanlah dengan teliti supaya anda dapat kenali ketam dengan lebih dekat lagi.


Lagi Gambar Ketam Yang Bermacam-macam Jenis

Ini adalah sebahagian gambar-gambar ketam yang berbagai jenis dengan perbagai nama. Perhatikan dengan teliti gambar-gambar tersebut terutama sepasang kaki belakangnya.

Enjoy dan ceria selalu.