Thursday, October 23, 2008

Jom Kita kenali jenis atau spesis ketam

Ketam ni ada banyak jenis atau spesis serta dinamai dengan berbagai-bagai nama mengikut tempat dan negara. Tetapi di Malaysia, di antaranya ada yang dinamakan dengan ketam bunga, ketam biru, ketam batu, ketam renjong, ketam bulu, ketam minyak, ketam nipah, ketam bakau, ketam lumpur dan sebagainya. Kadang kala ada diantara kita yang keliru dengan nama-nama ketam ni. Jadi jangan kita pening kepala dan tempat yang paling sesuai untuk ketahui dengan lebih tepat adalah menyemak melalui Jabatan Perikanan.

Secara semulajadi ketam hidup serta membiak disekitar paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau air masin mengikut masa air pasang dan surut. Ketam ni juga mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk membesar. Walaupun ketam betina bertelur dengan jumlah yang banyak (jutaan telur) tapi yang hidup dan membesar hanya 20-30 peratus saja. Yang selebihnya akan mati akibat menjadi mangsa serta makanan haiwan laut yang lain.


JANTINA KETAM

Bagaimana nak tahu samada ketam ini betina atau jantan? Lihat diperut ketam dimana di bahagian bawah ada bentuk tiga segi. Jika bentuk tiga segi yang lebar maka itulah ketam betina. Jika bentuk tiga segi yang tidak lebar maka itu adalah ketam jantan.








KETAM BETINA














KETAM JANTAN






Ketam aktif dan agresif pada waktu malam. Ketam betina lebih sensitif dari ketam jantan.

Kita akan sambung lagi cerita pasal ketam ni.

1 comment:

diana teo wan lian said...

Sejak kecil saya ke pasar sampai hari ini selalu jika yg trianglenya menyerupai betina orang pasar akan berkata yg ni pondan ,so ada tiga atau dua jenis jantina ketam ni?