Saturday, October 25, 2008

Sambungan Jenis Ketam

Kita bertemu kembali. Hari ini saya nak beritahu tentang ketam yang hidup dalam 2 alam (air dan darat) dan ketam yang hidup lama di dalam air dan hidup singkat di darat. Tak lupa juga saya ingin menerangkan juga ketam yang boleh dimakan dan "HARUS" hukum memakan ketam ini bagi orang Islam.

Diharap penerangan saya ini dapat memberi menafaat kepada kita semua. Teruskan membaca.

Sila lihat kedua-dua foto ketam dibawah ini. Sekali imbas memang nampak sama saja ketam ni. Cuba perhatikan betul-betul dengan teliti sekali lagi. Sudah tentu ada perbezaannya. Memang ada.......iaitu kaki belakang kedua-dua ketam ni memang berbeza.

Foto : 1




Kesemua kaki ketam ini sama saja. Tajam di hujungnya.








Foto : 2
Sepasang kaki belakang ketam ini berbentuk leper dihujungnya digunakan sebagai kaki renang di dalam air.









Ketam yang di atas tu (foto 1), sepasang kaki belakangnya, bahagian hujungnya berbentuk tajam, sama seperti kaki-kaki yang lain. Manakala ketam yang di bawah pula (foto 2), sepasang kaki belakangnya, bahagian hujungnya berbentuk leper. Sedangkan kaki-kaki lain berbentuk tajam. Kenapa kedua-dua ekor ketam ini menpunyai sepasang kaki belakang yang berbeza? Tentu ada di antara anda sudah tahu jawapannya.

Bagi ketam yang mempunyai sepasang kaki belakang yang tajam sama seperti kaki-kakinya yang lain, ketam ini boleh hidup lama di darat dan di dalam air (air laut atau air payau). Ketam jenis ini boleh panjat pokok dan dinding. Malah berkebolehan mengopek buah kelapa. Boleh membesar sehingga berat badannya mencecah 7 kg seekor.

Bagi ketam yang mempunyai sepasang kaki belakang dimana bahagian hujungnya berbentuk leper dan berbeza dengan kaki-kakinya yang lain, sepasang kaki ini digunakan untuk berenang didalam air. Ketam jenis ini memang hidup lebih lama didalam air (air laut atau air payau) dan hidup singkat di darat untuk sekitar 3-4 hari saja. Jika lebih dari itu di atas darat maka ketam ini akan mati. Ini adalah kerana ketam ini mempunyai insang yang besar dan luas untuk menyimpan air dan bernafas melaluinya. Jika insangnya kehabisan air maka ketam ini akan mati di darat.

Oleh itu bagi orang Islam, ketam yang mempunyai sepasang kaki yang berbentuk leper dibahagian hujungnya, hukum makan ketam ini adalah "HARUS" kerana hidup lama didalam air. manakala ketam yang kesemua kakinya sama iaitu berbentuk tajam dibahagian hujungnya adalah "HARAM" memakannya kerana hidup dalam 2 alam.

Oleh itu, ketam yang mempunyai sepasang kaki yang berbentuk leper ini, samalah juga hukum memakannya seperti haiwan laut yang lain seperti kepah, ala-ala, siput sedut atau siput "cot-cot", kerang dan lain-lain lagi yang sejenisnya iaitu hidup lama didalam air dan hidup singkat di darat.

Saya mohon untuk berhenti disini dulu dan akan sambung lagi dilain masa.

.

1 comment:

nadeenwaddill said...

MMCMC: The Casino at the Mohegan Sun in Uncasville CT
Mohegan Sun 양주 출장마사지 · Experience · Entertainment · Gaming · Restaurants 광양 출장마사지 · 의정부 출장샵 Entertainment · Events · 창원 출장마사지 Events 김해 출장샵 & Entertainment · Businesses.